Tips Atasi Masalah Sembelit Pada Anak
Kanak-kanak hadapi masalah sembelit rasanya ramai ibu bapa hadapi. Bayangkan jika anak kita tak nak makan sayuran, buah buahan maka mereka tak dapat khasiat fiber yang secukupnya dari makanan. Sebab itu boleh jadinya sembelit ni apatah lagi yang tak suka nak minum air masak lagi bertambah-tambah masalah sembelit mereka. Apakah fiber sebenarnya?
Apakah ia fiber?
Satu kumpulan karbohidrat yang tidak dapat dicernakan oleh tubuh dan akan dikeluarkan dari badan. Fiber ni boleh membantu melancarkan pembuangan kerana menyerap air sepanjang laluan pembuangan dan membuangnya dengan lebih lancar.
Saiz Hidangan Fiber Dalam Mealshake
1/4 cup mealshake : 4 sudu besar: 3 gram fiber
Setiap hidangan mealshake mengandungi 3 gram fiber. Kanak-kanak memerlukan 20 gram – 30 gram fiber sehari. Jadi anda boleh berikan beberapa kali hidangan mealshake pada anak-anak untuk mencukupkan bekalan fiber mereka.
Tapi jangan salah sangka ia adalah satu-satunya perkara yang anda perlu bergantung. Galakkan anak-anak mengambil buah buahan dan sayuran dan jika keadaan tertentu yang mana agak sukar nak kawal makanan kanak-kanak, anda bolehlah bantu mereka dengan memberikan keperluan fiber ini pada mereka.
Cadangan RDI (recommended daily intake) Pengambilan Fiber
Ibu-ibu boleh rujuk pada carta ini untuk mengetahui cadangan yang sesuai untuk anak-anak mereka.
Kanak-Kanak 1-3 tahun: 19 gram fiber setiap hari
Kanak-Kanak 4-8 tahun: 25 gram fiber setiap hari
Lelaki 9-13 tahun: 31 gram fiber setiap hari
Perempuan 9-13 tahun: 26 gram fiber setiap hari
Lelaki 14-19 tahun: 38 gram fiber setiap hari
Perempuan 14-19 tahun: 26 gram fiber setiap hari
Bagaimana Magnesium Membantu Masalah Sembelit?
Magnesium ini membantu menenangkan otot usus yang boleh melancarkan pembuangan. Magnesium juga membantu meningkatkan jumlah air dalam kolon yang boleh melembutkan najis seterusnya memudahkan pembuangan.
Dan berita baiknya magnesium ini juga terdapat dalam MEALSHAKE:)